Thursday, November 4, 2010

7) CARA MENGKAFANKAN JENAZAH

  • » Sediakan 5 utas tali yang dihamparkan di tempat pembaringan. Tali ini diambil daripada kain kafan.

  • » Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan kepanjangan kain kafan. Kain kafan dipotong menjadi 3 bahagian.

  • » Ketiga-tiga kain dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Hamparkan kapas di tengah-tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah.

  • » Serbuk cendana ditaburkan di atas kapas yang telah dibentangkan. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan ke atas kain kafan yang telah dibentangkan.

  • » Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian berikut ; - kemaluan, kedua-dua siku tangan dan dada, kedua-dua telinga, muka, dan kedua-dua kaki. Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas kapas yang berada di atas jenazah.

  • » Kain kapas ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah secara satu persatu. Ikat dengan tali kain yang telah disediakan sebanyak 5 ikatan. Bermula daripada bahagian hujung kaki, lutut dan pinggang. Hendaklah diikat dengan ikatan yang boleh dibuka kerana tali ini akan dibuka semula ketika dalam kubur.

  • » Biarkan bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali dibahagian leher dan atas kepala diikat apabila jenazah sedia untuk diusung atau untuk disembahyangkan.

  • » Setelah siap renjislah air mawar dan sapulah minyak wangi.

No comments:

Post a Comment