Thursday, November 4, 2010

5) CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH

1- Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan.

2- Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.

3- Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Siraman air hendaklah bermula daripada kepala.

4- Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.

5- Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

6- Menggeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.

7- Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tinggal.

8- Siram dan basuh dengan air sabun.

9- Bersihkan gigi, hidung, telinga, jari tangan, pelipat lengan, celah ketiak, rambut, dan jari kaki.

10- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

11- Kemudian bilas dengan air yang bersih ke seluruh anggota mayat sambil berniat.

Lafaz niat jenazah lelaki " Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana Allah Taala."

Lafaz niat jenazah perempuan " Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana Allah Taala."

12- Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

13- Siram sebelah kanan dan kiri 3 kali.

14- Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

15- Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

16- Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.

17- Sediakan air kapur barus.

18- Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis(kain kapan).

19- Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.

20- Lepas itu wudukkan mayat.

21- Lapkan mayat menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

22- Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain.

23- Setelah itu mayat diusung ke tempat pembaringan untuk dikafankan.

24- Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Contohnya rambut, kuku dan lain-lain.

7 comments:

  1. makasih ata penjelasan cara memandikan jenazahnya.

    ReplyDelete
  2. pnjlsanya ckp jelas, tp coba tlskan jg do'a-do'anya. trmksh. knjngijg site sy di http://fahrub.blogspot.com/2013/02/efek-samping-obat-kimia_17.html

    ReplyDelete
  3. macam mana kalau kita tekan perut tp kotoran xkluar ?

    ReplyDelete