Monday, July 12, 2010

Kehidupan di dunia ini berlangsung tanpa disedari dari masa ke semasa. Adakah kita menyedari bahawa hari-hari yang kita lalui semakin mendekatkan kita kepada kematian sebagaimana yang berlaku kepada orang lain juga. Allah S.W.T telah berfirman "Semua yang ada di bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal hanyalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."(Ar-Rahman ; 26-27).

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Oleh yang demikian sebagai orang Islam yang masih hidup kita hendaklah menziarahi dan menguruskan jenazah mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Semoga dengan adanya blog ini akan dapat memberikan manfaat yang berguna dan mendapat ganjaran serta redha dari Allah S.W.T. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment