Thursday, November 4, 2010

15) CARA PENGKEBUMIAN JENAZAH

§ Jenazah Muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya.

§ Disunat menguburkan jenazah di kawasan perkuburan.

§ Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain.

§ Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru.

§ Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri sehingga mayat itu hilang dari pandangannya.

§ Boleh menguburkan 2 jenazah atau lebih dalam 1 lubang kubur kerana keadaan yang darurat atau terdesak.

§ Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat sama seperti kita meletakkan mayat ketika ia hendak di solatkan.

§ Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh 3 orang yang menanti di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Setelah itu ditutup liang lahad itu dengan papan dan dikambuskan.

§ Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan baru nisannya di bahagian kepala dan kakinya lalu dijiruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala hingga ke kakinya.

§ Orang yang membaca talkin untuk mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.

“MOHONLAH KEAMPUNAN BUAT SAUDARA SEKALIAN, DAN MOHONLAH UNTUK KETEGUHAN, KERANA SEKARANG DIA SEDANG DITANYA.”

14) WAKTU LARANGAN PENGKEBUMIAN JENAZAH

* Tengah malam

* Matahari sedang terbit

* Matahari ditengah langit sampai tergelincir

* Matahari hampIr terbenam


PERBINCANGAN

membuat kumpulan dan membincangkan mengapa waktu-waktu di atas di larang mengebumikan jenazah.


13) PENGKEBUMIAN JENAZAH

Kita wajib menyegerakan pengkebumian jenazah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W maksudnya “ Segeralah mengkebumikan jenazah, kalau ia baik eloklah ia menerima balasan dengan segera, kalu ia jahat maka kejahatan yang engkau tanggung itu terlepas.”

Hukum menguburkan jenazah adalah fardu kifayah ke atas orang Muslim. Apabila kewajipan itu telah dilaksanakan oleh sebahagian orang maka gugurlah kewajipan tersebut kepada orang lain. Tetapi sekiranya meninggalkan kewajipan tersebut maka semua orang akan menanggung dosa.

12) PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH

v Sunat mengangkat tangan ketika takbir

v Meletakkan tangan di atas pusat sebagaimana solat yang lain

v Hendaklah dibuat 3 saf

v Imam hendaklah berdiri dekat dengan pinggang mayat sekiranya mayat perempuan dan dekat dengan bahu sekiranya mayat ialah lelaki

v Memandang sebelah kanan dan kiri semasa memberi salam

11) RUKUN SOLAT JENAZAH

1} Berdiri tegak

2} Niat

- Lafaz niat bagi jenazah lelaki

“ Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini 4 takbir fardu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah Taala.

- Lafaz niat bagi jenazah perempuan

“ Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini 4 takbir fardu kifayah menjadi imam/mengikut makmum kerana Allah Taala.

3} Takbir 4 kali termasuk takbiratulihram

4} Membaca surah al-Faatihah

5} Membaca selawat

6} Membaca doa

7} Memberi salam yang pertama


AKTIVITI

Mengerjakan solat jenazah mengikut cara yang betul dengan dipantau oleh guru.


10) SYARAT SAH SOLAT JENAZAH

i. Menutup aurat

ii. Suci daripada hadas kecil dan besar serta daripada najis

iii. Menghadap kiblat

Waktunya pada bila-bila masa sahaja asalkan sudah dimandikan dan dikafankan.

9) SOLAT JENAZAH

Mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun sewajarnya setiap umat islam mengambil kira bahawa solat itu merupakan suatu doa untuk mengurangkan bebanan si mati ataupun menambahkan lagi martabatnya di sisi Allah S.W.T sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya “ Tiada seorang Muslim yang meninggal, kemudian di solatkan ke atasnya oleh 40 orang lelaki yang tidak menyekutui Allah dengan sesuatu pun melainkan diberikan syafaat terhadapnya pada hari kiamat nanti. “ Saf solat jenazah hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 baris walaupun baris itu pendek.


8) KAIN KAFAN

Mengkafankan jenazah seeloknya dengan menggunakan kain putih walaupun menggunakan kain lain diharuskan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W maksudnya “Pakailah pakaian yang putih kerana ia sebaik-baik pakaian dan kafankanlah dengannya untuk orang yang mati antara kamu.”

Kafan bagi orang lelaki ialah 3 lapis termasuk kain sarung dan kafan bagi orang perempuan ialah 5 lapis termasuk kain telekung. Kain kafan itu disiapkan beserta dengan bau-bauan supaya mayat harum baunya sementara di dalam kubur agar ia tidak segera hancur.

7) CARA MENGKAFANKAN JENAZAH

  • » Sediakan 5 utas tali yang dihamparkan di tempat pembaringan. Tali ini diambil daripada kain kafan.

  • » Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan kepanjangan kain kafan. Kain kafan dipotong menjadi 3 bahagian.

  • » Ketiga-tiga kain dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Hamparkan kapas di tengah-tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah.

  • » Serbuk cendana ditaburkan di atas kapas yang telah dibentangkan. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan ke atas kain kafan yang telah dibentangkan.

  • » Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian berikut ; - kemaluan, kedua-dua siku tangan dan dada, kedua-dua telinga, muka, dan kedua-dua kaki. Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas kapas yang berada di atas jenazah.

  • » Kain kapas ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah secara satu persatu. Ikat dengan tali kain yang telah disediakan sebanyak 5 ikatan. Bermula daripada bahagian hujung kaki, lutut dan pinggang. Hendaklah diikat dengan ikatan yang boleh dibuka kerana tali ini akan dibuka semula ketika dalam kubur.

  • » Biarkan bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali dibahagian leher dan atas kepala diikat apabila jenazah sedia untuk diusung atau untuk disembahyangkan.

  • » Setelah siap renjislah air mawar dan sapulah minyak wangi.

6) PERALATAN KAFAN

KAIN PUTIH


TALI 5 UTAS


GUNTING

KAPAS

SERBUK CENDANA

KAPUR BARUS

MINYAK ATTAR

AIR MAWAR


5) CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH

1- Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan.

2- Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.

3- Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Siraman air hendaklah bermula daripada kepala.

4- Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.

5- Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

6- Menggeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.

7- Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tinggal.

8- Siram dan basuh dengan air sabun.

9- Bersihkan gigi, hidung, telinga, jari tangan, pelipat lengan, celah ketiak, rambut, dan jari kaki.

10- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

11- Kemudian bilas dengan air yang bersih ke seluruh anggota mayat sambil berniat.

Lafaz niat jenazah lelaki " Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana Allah Taala."

Lafaz niat jenazah perempuan " Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana Allah Taala."

12- Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

13- Siram sebelah kanan dan kiri 3 kali.

14- Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

15- Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

16- Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.

17- Sediakan air kapur barus.

18- Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis(kain kapan).

19- Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.

20- Lepas itu wudukkan mayat.

21- Lapkan mayat menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

22- Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain.

23- Setelah itu mayat diusung ke tempat pembaringan untuk dikafankan.

24- Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Contohnya rambut, kuku dan lain-lain.

4) PERALATAN MANDI JENAZAH

1} Tempat mandi jenazah

2} Air mutlak secukupnya

3} Air daun bidara

4} Kapas

5} Putik kapas

6} Sabun

7} Minyak attar

8} Air mawar

9} Serbuk cendana dan kapur barus

10} Sarung tangan




3) PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA JENAZAH

  1. Sunat menutup matanya.
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan si mati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
  6. Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletak surah Yaasin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
  7. Menutup keseluruhan tubuhnya.
  8. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.





~~LATIHAN PENGUKUHAN~~

=> Senaraikan semula 8 perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah.