* Perkara pertama yang dilakukan apabila seseorang itu telah meninggal dunia ialah melaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran pengkebumian...
(a) ORANG-ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH
Jenazah Lelaki
Jenazah Lelaki
- Orang lelaki
- Isteri
- Orang yang haram nikah dengannya
- Orang perempuan
- Suami
- Orang yang haram nikah dengannya
# Orang yang memandikan jenazah hendaklah terdiri daripada orang yang amanah dan tidak akan menceritakan keburukan-keburukan si mati yang dimandikannya itu. Ibn Majah telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Hendaklah orang yang mati itu dimandikan oleh orang yang amanah antara kamu".